10

10 HAL YANG TIDAK BERMANFAAT

Ada sepuluh perkara yang tidak bermanfaat:

  1. Ilmu yang tidak diamalkan.
  2. Amal yang tidak ikhlas .
  3. Harta yang tidak disodaqohkn/diinfakkan. Ini menyebabkan Pemiliknya tidak dapat menikmatinya di dunia tidak juga menjadi pahala di akhirat.
  4. Hati yang kosong dari mencintai Allah dan rindu untuk bertemu dengannya.
  5. Badan yang tak digunakan untuk ketaatan.
  6. Cinta yang tak diikat dengan keridhoan yang dicintai dan menjalani perintahnya.
  7. Waktu yang kosong dari kebaikan {waktunya hanya untuk menuruti nafsu duniawi }
  8. Pikiran yang berfikir dalam perkara yang tak bermanfaat.
  9. Berkhidmat kepada orang yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah tidak juga untuk kebaikan dunia.
  10. Takut dan berharap kepada sesuatu yang tidak dapat manfaat tidak juga mudlorot, tidak memiliki kehidupan tidak juga kematian.

Amalan.

*Amalan meletakkan tangan kanan di dada kiri adalah amalan Maharaja Habsyah yang tidak beriman.Nabi Muhammad S.A.W *tidak pernah berbuat demikian, begitu juga para sahabat dan alim ulamak terdahulu. Yang lebih afdal,ucapkanlah salam. Itu paling afdal. Selepas ucap salam tidak perlu lagi bersalam salaman. Mengapa ulamak sekarang tidak menegah amalan meletakkan tangan kanan di dada kiri itu.Mungkin terlepas pandang.Oleh itu,tidak usahlah kita meniru budaya orang orang kafir itu.Tinggalkan tatacara itu dan nasihat kepada kaum keluarga dan kawan kawan kita agar ucapkanlah “Assalamualaikum wbt”.. ucapan itu lebih afdhal buat kita semua umat Islam. Jangan terikut-ikut dan tertipu serta terus-terusan dipermainkan oleh org2 kafir juga tentera2 Dajjal.
Sekian, terima kasih.
Kenei x kenei🇲🇾

Lupa.

Mustafa Al Bakri Al Hijazzi:
MAHATHIR ANIAYA DS NAJIB

Kami Rakyat tak akan lupa Kezaliman Tun Mahathir terhadap DS Najib Razak.

Posted byDr Mamat Desa @desa_mamatJun 12, 2020Posted inKERAJAAN ZALIM, Politik SemasaLabel:DS Anwar Ibrahim, DS Najib Razak, Gopal Sri Ram, TS Mohamed Apandi Ali, TS Shafee Abdullah, TUN MAHATHIR

Rakyat dan warganet pastinya masih ingat kisah menyanyat hati pada malam 16 Mei 2018 apabila kediaman DS Najib Razak digeledah oleh PDRM.

Bayangkanlah, enam buah kenderaan SUV PDRM, sebuah truck Black Maria, dan sembilan buah kenderaan PDRM dengan diiringi dua kereta peronda serta dua buah motosikal memasuki kediaman DS Najib Razak pada jam 10.15 malam.

DS Najib baharu sahaja pulang daripada Masjid Kg Baru menunaikan solat Terawih.

Tindakan pihak berkuasa, seakan-akan mahu menyerbu segerombolan pengganas, sebagaimana serangan pihak polis ke atas penduduk Memali pada 19 November 1985.

Tapi anehnya pihak yang menjadi buruan mereka hanyalah seorang pemimpin yang dikasihi rakyat, yang tidak bersenjata, kecuali bertongkatkan kebenaran, semangat dan kebergantungannya kepada Allah melimah
ALa haulawala quwataillah billah ilaziim,” “tiadalah daya kekuatan bagi hamba-Nya kecuali dengan perlindungan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung.”

Penggeledahan bukanlah dilakukan sepuluh minit atau dua puluh minit, malahan ia berlarutan sehingga melampaui tengah malam dan dilanjutkan sehingga ke esoknya.

Sedihnya apabila gambar DS Najib terbaring di atas sofa bersama isterinya, tertular. Masakan mereka boleh melelapkan mata di bilik tidur sekiranya bilik tidur juga menjadi sasaran penggeledahan.

Bagi pihak yang telah termakan fitnah dan pembohongan media, mereka gembira melihat mangsa fitnah Mahathir yang terkulai, hilang kekuatan dan menunggu apakah suratan nasibnya sama seperti peristiwa DS Anwar Ibrahim ditahan pada pukul 1 tengah hari, 20 September 1998 dengan kehadiran 15 buah kenderaan PDRM.

Hari ini rakyat terkejut dengan pengakuan kaldai PH-Mahathir-DAP yang mendedahkan gerakan memfitnah, menipu, dan membohongi rakyat dengan apa jua isu yang boleh memesongkan persepsi rakyat untuk membenci DS Najib dan kerajaan BN.

Dipetik daripada Blog Cungkil
Mahathir sejak sekian lama terus melalak bahawa DS Najib perompak, kleptokrasi, lanun Bugis dan macam-macam lagi label hina, seakan-akan dia mahu mempengaruhi pihak mahkamah dan rakyat.

Gelagat Mahathir dilihat melampau sehingga peguambela TS Shafee Abdullah mahu tindakan mahkamah diambil ke atas Mahathir yang kelakuannya mengandung unsur subjudis kepada perbicaraan yang sedang berlangsung.

Rakyat juga terkejut apabila bekas Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa dalang di belakang segala penganiayaan terhadap DS Najib Razak tidak lain dan tidak bukan, adalah Tun Mahathir.

Mahathir sebelum ini juga telah mendesak Tun Abdullah Badawi supaya menjadi bonekanya agar dia boleh campur tangan dalam hal pentadbiran negara.

Demikianlah juga dengan DS Najib yang menolak sama sekali campur tangan Mahathir dalam pentadbiran negara yang terus mahu menyuntik kronisme dan nepotisme sebagaimana dilakukannya selama 22 tahun dia berkuasa.

Mahathir telah mengarahkan pendakwaraya DS Gopal Sri Ram supaya memujuk TS Apandi pada Januari 2018 untuk komplot menangkap DS Najib di pejabatnya.

Mahathir telah mengatur segalanya dan polis di Putrajaya akan melakukan apa sahaja arahan Apandi yang pada ketika itu adalah Peguam Negara.

Malahan pihak ‘Hakim’ juga telah diarahkan supaya perintah tahanan reman dikeluarkan terhadap DS Najib.

Lantas Apandi bertanya Sri Ram, atas alasan apakah DS Najib hendak ditangkap?
Anehnya tiada jawapan tuntas daripada Sri Ram, sebaliknya hanya sekadar persepsi liar bahawa “rakyat kecewa dengan DS Najib”.

Apandi menolak agenda jahat Mahathir itu. Namun pada malam 16 Mei 2018 setelah PH menguasai Putrajaya, barulah kediaman DS Najib digeledah tanpa ada arahan Peguam Negara untuk menahannya.

Justeru pada 4 Jun 2018 setelah PH berjaya memperbodohkan rakyat pada PRU14, jawatan Apandi sebagai Peguam Negara ditamatkan Mahathir. Apandi digantikan dengan kaldai DAP, Tommy Thomas.

Hari ini dengan kehendak Allah kes 1MDB yang berpaksikan fitnah dan pembohongan Mahathir, masih berjalan walaupun PH sudah tumbang.

Rakyat pastinya berfikir bagaimanakah keadilan boleh ditegakkan dalam kes DS Najib sekiranya pendakwaraya adalah orang yang sama dalam komplot Mahathir untuk menganiaya DS Najib.

TS Apandi Ali juga berjanji ‘banyak lagi’ pendedahan yang akan dibuatnya atas segala komplot Mahathir untuk menganiaya Najib.

Lantas, adakah Sri Ram layak untuk menjadi pendakwaraya dalam kes DS Najib yang akan diketahui keputusannya pada Julai nanti?

Tidakkah terdapat kecenderungan di luar kes yang mengongkong minda dan tindakan pendakwaraya?

Kami bukan mahu mencabar prosiding mahkamah, tetapi kami hanya mempersoalan reliabiliti dan validiti pendakwaraya yang mengendalikan kes DS Najib.

Perkara utama yang kami juga ingin bangkitkan ialah penganiayaan Mahathir terhadap DS Najib yang kami percaya jauh mengelencong daripada isu 1MDB, sebaliknya mengendong kepentingan peribadinya sendiri.

MALUAPABOSSKU

HIDUPDSNAJIBRAZAK

RAKYATTAKKANLUPA

KEZALIMANAJIB