Ibadah.

Terbaik tulisan AJK pas Pusat Al Fadhil Ustaz Mokhtar Dup .

Ada beberapa org dari parti komponen PH cuba menginsafkan saya tentang jenayah2 politik yg pernah dilakukan oleh UMNO. Satu persatu mereka senaraikan. Akhirnya mereka berkata BAGAIMANA UST DAN PARTI UST BOLEH BERSETUJU BERSAMA DGN UMNO menumbangkan PH?. Bersekongkol dgn penipu dan penyamun?.

Dengan penuh insaf saya ingin menjawab. Tak payah panjang. Ringkas jee. Saudara ku.. Ketika parti saya PAS buat keputusan bertahaluf dgn UMNO ada 3 perkara yg saya fokuskan.:

  1. Taat kepada pimpinan saya adalah ibadah. Selagi tidak menyalahi suruhan agama.
  2. Wala kpd keputusan jamaah dan parti adalah ibadah.
  3. Jika dengan kerjasama PAS UMNO itu dapat menumbangkan PH saya bersetuju kerana menumbangkan PH adalah ibadah.
    Saat itu demi agama, bangsa dan negara saya tidak pernah menoleh lagi kebelakang siapa UMNO sebelumnya. Kerana Nabi saya mengajar saya dlm sejarahnya. Baginda tidak pernah lagi menoleh kebelakang siapa UMAR sebelum memeluk Islam. Tapi yg penting ialah kekuatan Islam.

Apa untungnya saya melihat UMNO sebelum ini ( itu pun tidak pasti lagi. Kerana semuanya bercampur aduk dgn fitnah kamu). Bijak kah saya mengungkit kejahatan lampau kawan saya? sambil memejamkan mata dengan kejahatan kamu yg masih berleluasa?. Jika jawapan saya itu menandakan saya belum INSAF, maka saya rela untuk tidak insaf…

UMS
Subuh yg hening didesa An Nuur.

  1. June. 2020.

Leave a comment